Tujuan dan objektif kajian:



  


Tujuan:

Kajian ini bertujuan untuk menghidupkan kembali kemasyhuran nama gulintangan ‘Siman Tangis’ yang cukup terkenal di zaman Sultan Muhammad Jamalul Alam. Selain itu, ia juga adalah untuk mengekalkan alat muzik tradisional gulintangan agar tidak pupus kerana ia merupakan budaya tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Pengkaji juga ingin memperlihatkan proses pembuatan gulintangan yang telah dipraktikkan dari dahulu sehingga sekarang yang sekaligus dapat mengembangkan dan meninggikan nilai kebudayaan Brunei keseluruhannya. Antara tujuan lainnya adalah;

  • Membentuk dan membina belia sebagai generasi penerus dalam memastikan warisan seni budaya Melayu sentiasa dipertahankan dan dipelihara keasliannya.
  • Menyeru semua belia untuk menanam rasa kepunyaan terhadap warisan seni budaya Brunei di samping menambah ilmu pengetahuan dalam seni tradisi di mana belia adalah generasi seterusnya yang bakal menjadi pemimpin yang berguna, berwibawa dan bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara.
  • Untuk meningkatkan khalayak ramai dalam memelihara dan mengembangkan seni warisan tanah air di samping menghargai dan menghayati kesenian warisan budaya dan menampilkan jati diri serta identiti bangsa.

Objektif:

v Untuk mengkaji sejarah dan latar belakang gulintangan.
v Untuk mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan dalam proses pembuatan gulintangan.
v Untuk mengkaji fungsi dan peranan gulintangan serta cara bermain alat muzik ini dalam komuniti di Negara Brunei Darussalam.

No comments:

Post a Comment