Pada keseluruhannya, dapat dilihat peralatan muzik gulintangan ini mempunyai potensi untuk berkembang. Ia bermula semenjak penubuhan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang bertujuan untuk menarik lagi minat belia-belia tanah air untuk menceburkan diri dalam industri muzik tradisional. Buktinya, beberapa orang yang mengikuti satu skim di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah dijemput untuk membuat persembahan di negeri-negeri jiran seperti Malaysia. Gulintangan ini juga hendaklah dipelihara dengan baik agar ia tidak pupus di telan zaman kerana gulintangan ini adalah merupakan tradisi budaya Melayu dan juga mempunyai keunikan tersendiri. Harapan kami agar gulintangan ini diperkenalkan kepada luar negara. Dengan adanya gulintangan ini, para pelancong dari luar negeri tahu akan alat tradisi Melayu Brunei sekaligus untuk mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam dan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.
No comments:
Post a Comment