Nilai ekspresif dan simbolik:



     Menurut informan, gulintangan ini tiada nilai ekspresif dan simbolik yang tertentu. Walau bagaimanapun, pengkaji telah menemui beberapa nilai ekspresif dan simbolik. Sebagai contoh dari segi muzik, gulintangan mempunyai pelbagai irama yang boleh menenangkan jiwa pendengar. Selain itu, peggual gulintangan juga boleh mengikuti melodi muzik zaman sekarang yang kebanyakannya bergenrekan pop dan rock. 

     Fungsi ekpresif memberi penekanan kepada keindahan, kecantikan dan kehalusan teknologi tersebut. Tradisi budaya Melayu memberi kepentingan kepada fungsi ekspresif dengan cara ukiran, warna, jalur, bentuk dan secara keseluruhan barangan tersebut.  Jika dilihat dan dinilai dari segi ekspresif, warna yang digunakan pada gulingtangan selalunya berwarna emas. Warna emas melambangkan sangat indah dan berkilau-kilauan. Dengan melihat kepada warna emas pada gulintangan itu, ia menunjukkan bahawa gulintangan adalah sangat berharga dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Apabila kita melihat gulingtangan itu, kita akan terpegun dengan kecantikan gulingtangan itu kerana ia adalah alat tradisi budaya Melayu.

     Di samping itu, nilai simbolik pula, membawa simbol kedudukan seseorang. Fungsi simbolik juga boleh diteliti sebagai lambang sosial. Teknologi Melayu juga memainkan peranan penting dalam memberi dan menentukan kekududukan sosial pemiliknya. Pada masa ini, jika individu mempunyai gulintangan, mereka  dianggap sebagai masih lagi mengekalkan tradisi budaya Melayu untuk melihatkan kepada generasi-generasi yang akan datang dan menyampaikan mesej kepada mereka betapa uniknya keindahan gulintangan itu. Di samping itu juga, seseorang yang mempunyai gulintangan itu haruslah pandai menjaga gulintangan itu apabila di simpan di dalam rumahnya. Fungsi simbolik juga boleh diteliti sebagai lambang sosial.


No comments:

Post a Comment