Data fizikal Gulintangan:




Tinggi:
Kelapan-lapan berukuran 6.1 cm.


Garis pusat:
Gulintangan pertama berukuran 19.6 cm dan semakin mengecil hingga ke gulintangan kelapan yang berukuran 18.6 cm.


Garis pusat kubah:
Sama prinsipnya dengan garis pusat iaitu ia semakin mengecil. Gulintangan pertama berukuran 6.4 cm sementara gulintangan kelapan berukuran 5.8 cm.


Ukuran dari kubah ke dasar:
Sama prinsipnya dengan garis pusat dan garis pusat kubah. Gulintangan pertama berukuran 9 cm dan gulintangan kelapan berukuran 8 cm.


          Keseluruhan gulintangan yang lapan itu diletakkan di atas sebuah para-para yang digelar langkungan. Dasar langkungan ini diperbuat daripada pendudukan kayu kira-kira lapan inci dari paras bawah dan gulintangan ini diletakkan di atas landasan tali langkungan yang juga dipanggil sebagai timbaran.

No comments:

Post a Comment