Tembaga dimasak sehingga menjadi cair. Tembaga yang digunakan untuk membuat peralatan ini didatangkan dari luar negeri dalam bentuk kepingan. Kepingan-kepingan ini kemudiannya dipotong kecil-kecil dan ditimbang mengikut sukatan yang dikehendaki lalu baru diproses. Dalam tahun 1950 an, tukang tembaga terpaksa mengumpulkan bahan-bahan tembaga daripada bekas-bekas peluru semasa perang dunia kedua untuk diproses. Proses ini telah banyak memakan masa untuk menyiapkan satu-satu alat tersebut.
Proses ini dilakukan untuk membakar acuan. Dalam proses ini, kayu nyirih adalah kayu terbaik untuk digunakan sebagai bahan pembakar. Ini kerana arangnya membakar lama dan suhunya yang sesuai. Proses ini selalunya memakan masa kira-kira 45 minit.
Ini pula acuan kasar gulintangan yang sudah siap dibentuk. Proses pembuatan acuan ini bermula dari memasak lilin. Bahan-bahan yang dicampurkan dalam lilin ini adalah lemak lembu dan damar. Lemak lembu dan damar dimasak sehingga menjadi lilin. Setelah ia menjadi lilin, lilin itu pula dimasak lagi sehingga menjadi cair untuk membentuk acuan. Bagi mengukuhkan bungkusan acuan ini, ia dibalut dengan kawat besi sebelum akhirnya dibaluti dengan tanah liat yang beruli hampa padi.
Proses penuangan cairan tembaga dijalankan. Tembaga yang sudah dimasak akan dituang ke dalam acuan kasar bagi membentuk gulintangan yang sebenar. Dalam proses ini, sekurang-kurangnya 3-4 orang diperlukan. Ini adalah kerana tembaga yang mendidih begitu panas dan berat.
Proses terakhir adalah menghaluskan bentuk gulintangan. Gulintangan yang dibuat akan dikikir dengan pahat bagi menghaluskan lagi seni ukiran dan bentuknya agar kelihatan cantik dan indah.
Setelah semuanya selesai, terhasillah sebuah gulintangan yang unik dan sedia untuk dimain. Ini adalah rupa gulintangan yang sudah siap.
No comments:
Post a Comment