Peralatan muzik gulintangan di Negara Brunei Darussalam tidak juga kurang popularnya dikalangan masyarkat Brunei. Oleh yang demikian, pemasaran gulintangan di negara ini juga sangat memuaskan. Kebanyakan gulintangan ini hanya dihasilkan oleh Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Begawan Sultan Omar Ali Saifuddin bagi mengekalkan peralatan-peralatan seperti gulintangan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Menurut informan, satu set gulintangan yang selalunya mempunyai lapan buah biji agung kecil itu bernilai sebanyak 15 ribu ringgit setiap satu set. Manakala bagi satu agung kecil gulintangan sahaja pula bernilai 3 ribu ringgit. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga terdapat orang persendirian seperti penduduk kampung yang juga membuat tempahan alat muzik ini. Kebanyakan mereka akan menerima tempahan melalui telefon dan laman sesawang. Berkemungkinan juga mereka akan menjual gulintangan ini dengan harga yang agak mahal sedikit memandangkan proses membuat gulintangan ini boleh dikatakan agak lama juga dan memerlukan ketabahan.
No comments:
Post a Comment