Gulintangan
Alat muzik tradisional Brunei merupakan satu kumpulan alat muzik tradisional puak-puak peribumi yang mendiami negara ini. Puak-puak tersebut tertumpu kepada lima puak sahaja iaitu pauk Melayu Kedayan, Dusun, Tutong, Belait dan Murut. Salah satu alat muzik tradisional itu adalah Gulintangan. Gulintangan juga selalu disebut sebagai 'Gulingtangan'. Gulintangan ini mempunyai berbagai nama mengikut puak-puak tertentu. Sebagai contoh, dalam puak Dusun, gulintangan disebut sebagai 'Kalintangan', puak Tutong pula menyebut sebagai ‘Kalantangan’, puak Murut mengelarnya sebagai ‘Kalinang’ dan puak Belait memanggilnya dengan gelaran ‘Gambang’.
Gulintangan merupakan satu deretan agung kecil yang biasanya berjumlah lapan biji. Ia disusun mengikut rentak bunyinya iaitu dari yang rendah hingga yang tinggi. Gulintangan diletakkan mendatar di atas langkungan berhadapan dengan pemain. Sebagai alat muzik melodi, gulintangan memainkan peranan yang terpenting dalam keseluruhan perangkat tersebut. Kayu yang digunakan untuk memukulnya adalah kayu ampul atau sedaman. Agung-agung ini diperbuat daripada tembaga. Kampong Ujung Bukit merupakan kampung yang terkenal dengan kepakaran dalam penuangan tembaga. Kampung ini juga merupakan pembekal utama produk-produk tembaga seperti calapa, gong, bedil dan gantang.
Info menarik
ReplyDeletebetul...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete