Cabaran:


Antara cabaran gulintangan adalah memperoleh instrumen gulintangan. Pembuatan gulintangan tradisional Brunei sudah pupus kerana tidak ada pewaris pembuatan industri tersebut yang aktif. Instrumen gulintangan hanya diperolehi dari Indonesia.

Seterusnya, dapat dilihat dari segi faktor masa. Masa yang terhad dan padat dengan kesibukan kerja atau belajar yang dialami membuatkan masyarakat tiada masa untuk memainkan gulintangan ini. Kesibukan tersebut membuatkan masyarakat merasa malas dan letih untuk bermain gulintangan itu. Di dalam zaman moden, teknologi telah banyak dikeluarkan selaras degan arus kemodenan ini, maka gulintangan ini disisihkan dan masyarakat khususnya golongan belia kurang berminat dengan alat muzik gulintangan. Mereka berpendapat bahawa gulintangan adalah ketinggalan zaman dan mereka akan lebih memilih kepada teknologi moden. Di zaman moden ini juga, golongan belia sibuk dengan pelajaran mereka di sekolah atau institusi pengajian tinggi. Oleh yang demikian, gulintangan pun kurang diberi perhatian oleh golongan belia pada masa ini. 

Oleh yang demikian, gulintangan ini patut didedahkan khususnya kepada golongan belia kerana golongan belia adalah merupakan bakal pemimpin aset negara di masa hadapan. Tambahan pula, dengan mendedahkan pemainan gulintangan ini kepada mereka, alat muzik tradisional ini akan terus kekal dan tidak akan pupus ditelan zaman.


No comments:

Post a Comment